Panitia Biologi SMK Simpang Rengam ditubuhkan pada 1 Januari 2001 berikutan pengambilan 25 orang pelajar yang mengikuti aliran Sains Tulen dan menduduki SPM 2002.
VISI
Menjadikan SMK Simpang Rengam sekolah yang terbaik dalam kalangan yang terbilang.
MISI
Melaksanakan tugas dan tanggungjawab berlandaskan kejujuran dan keikhlasan agar kejayaan yang diperolehi memberi manfaat kepada semua pihak secara keseluruhannya.
MATLAMAT
- Membantu pelajar memahami dan mengetahui kepentingan Biologi dalam kehidupan.
- mengetahui bidang kajian Biologi dan kerjaya berkaitan Biolagi.
- Menanam sikap saintifik dan nilai murni di dalam diri pelajar.
- Membantu dan membimbing pelajar menguasai kemahiran saintifik dan mensintesiskan kaedah penyiasatan secara saintifik.
- Membantu pelajar menangani cabaran dunia sains dan teknologi dan bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi.
PENCAPAIAN SPM 2002-2007

TENAGA PENGAJAR
Pn. Norizan bt Surani
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian UPM (1991) dan Diploma pendidikan UTM (1997). Mula berkhidmat dalam bidang pendidikan pada 5 Ogos 1997 di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan berpindah ke SMK Simpang Rengam mulai 1 Jun 1999. Telah berkhidmat dalam bidang pendidikan selama 11 tahun dan pernah mengajar mata pelajaran Sains selama 11 tahun dan Biologi selama 6 tahun. Berpengalaman sebagai pemeriksa Biologi SPM Kertas 3 selama 4 tahun.
Cik Tai Mee Eng
Berkelulusan Sarjana Muda Sains (Kepujian) di dalam bidang Sains dan Biologi. Mula memasuki kerjaya perguruan pada 31 September 2004 si SMK(S) Saleha, Genting Highland, Pahang. Berpengalaman mengajar selama 6 tahun untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Sains. Mula mengajar Biologi pada tahun 2007.

No comments:
Post a Comment